Asal Usul Orang Asli Kuala Lumpur oleh Shereen Ajani, Batin Ulang Sipang dan Mahat China
Tahukah anda bahawa antara penduduk terawal di Kuala Lumpur ialah masyarakat Orang Asli Temuan, yang telah lama mendiami kawasan sekitar Jalan Melaka, Bukit Nanas hingga ke kawasan yang kini dikenali sebagai KLCC?
Sertai sesi perkongsian ini untuk menelusuri sejarah awal Orang Asli di Kuala Lumpur melalui riwayat, memori dan kisah yang diwariskan turun-temurun oleh komuniti mereka sendiri. Para penceramah juga akan berkongsi tentang budaya, kesenian, aspirasi serta cabaran masyarakat Orang Asli dalam mempertahankan identiti dan warisan mereka di tengah-tengah arus pembangunan moden.
Sesi ini akan disampaikan dalam Bahasa Malaysia.
Kemasukan adalah percuma. Sila daftar kehadiran anda di SINI. Tempat adalah terhad dan hanya sebilangan kecil tempat disediakan untuk walk-in. Sila hadir awal kerana kemasukan dan tempat duduk adalah berdasarkan siapa cepat, dia dapat.
Tempat: Badan Warisan Malaysia, 2, Jalan Stonor, Kuala Lumpur (MRT terdekat: Conlay)






